Benci

hate : to dislike intensely or passionately; feel extreme aversion for or extreme hostility toward; detest: to hate the enemy; to hate bigotry.
2. to be unwilling; dislike: I hate to do it.
3. to feel intense dislike, or extreme aversion or hostility.
Assalamualaikum.
Alhamdullilah. Tak ada benda yang nak dikongsi. Baru mula nak buka semula acc Tumblr ni. Rasanya Tumblr ni yang paling efektif dan cepat sikit berbanding blogger. So, kalau nak quick update memang akan saya update terus sini. :)
Setiap hari, insyaAllah adalah entri. Dan untuk hari ni, saya nak kongsi kisah pasal benci. Seorang sahabat yang membenci sahabatnya sendiir, bersikap talam dua muka? Tak apa. Allah ada dengan orang yang jujur. :)
Benci, tak kisah.
Kutuk, silakan.
Apa yang boleh dikatakan, alhamdullilah.
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah pun ada sebut pasal benci ni. renungkan. Selamat beramal. Jazakallahu khairan jazak.
Dari Abu Hurairah r.a, katanya : ” Telah bersabda Rasulullah SAW : ’ Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekelian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinainya. Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya. ’ “

















